Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dian



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dian|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul 'Dian' yang akan disiarkan menerusi slot Glamadrama di ntv7. Bakal menampilkan pelakon hebat seperti Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Erra Fazira, Yasmin Hani, Mimi Lana, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan dibawah terbitan A-10 Alliance Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dian

JUDUL : DIAN
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 28 November 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
SIARAN TV : Glamadrama ntv7
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi & NextScene Team
PENGARAH : Kyoll Hamzah xx Azma Aizal Yussof
TERBITAN : A-10 Alliance Sdn Bhd
PELAKON : Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Iman Corinne Adrienne, Yasmin Hani, Erra Fazira, Mimi Lana, Aleeza Kasim, Izzy Reef, Tony Eusoff, Asyiqin Zaed, Adam Yusuf, Bella dowanna, Putri Qaseh, Abil, Jasper Supaya, Natasha Hana

WATAK PELAKON:

Elizad Sharifuddin sebagai Dian
Qi Razali sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Yon Aishah
Erra Fazira sebagai Eva Raisya
Mimi Lana sebagai Syafiqa
Izzy Reef sebagai Aiman
Yasmin Hani sebagai Nisa
Tony Eusoff sebagai Faris
Adrea Abdullah sebagai Kak long Intan
Iman Corinne Adrienne sebagai Tini

SINOPSIS:

Mengisahkan watak Dian seorang wanita yang hanya berpegang kepada prinsip hidupnya terkilan dengan ibunya yang tidak memberi restu atas pilihan hatinya. Dan disebabkan itulah dia terpaksa mengharungi pelbagai pancaroba dan halangan dalam kehidupannya.

Dian telah memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya walaupun ditentang oleh ibunya Yon Aishah. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham.

Selapas mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya itu, Dian dan Hisham telah dikurniakan dengan dua orang anak iaitu Fiqa dan Aiman. Dian tidak sangka bahawa hisham ialah seorang kaki judi dan suka membazir masa dan wang di kelab-kelab judi setiap malam. Ketagihan berjudi Hisham semakin menjadi-jadi sehingga Dian terpaksa memilih cara alternatif untuk memberi wang kepada suaminya itu.

Ketika Dian meringkuk dalam penjara, Hisham telah mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan Nisa. Nisa terpaksa menjadi ibu kepada Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Tabiat buruk Hisham yang obses dengan judi itu masih belum dapat dibuang, dan masih kerap membuang masa di kelab judi.

Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham? 

No comments

Powered by Blogger.