Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan



Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan|ADAKAH anda peminat drama Melayu? Saksikan drama bersiri akan datang yang diadaptasi novel berjudul "Mencari Kiblat Cinta" karya Anita Aruszi bakal ditayangkan pada 7 Januari 2021 jam 10:00 malam di slot TV Okey. Menampilkan lakonan hebat seperti Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza dan ramai lagi. Drama bersiri 26 episod ini merupakan arahan Jo Yusof dan terbitan dibawah NS Star Sdn Bhd. Berikut dikongsikan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta (TV Okey) buat rujukan anda.

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta Lakonan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta termasuk senarai pelakon, sinopsis novel dan OST/ lagu tema:

Info Penting Drama Mencari Kiblat Cinta

JUDUL : MENCARI KIBLAT CINTA
EPISOD : 26
TARIKH TAYANGAN : 7 Januari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 10:00 malam 
SIARAN TV : TV Okey (Astro 146)
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL  :  Anita Aruszi  / Maazni Aitta
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : NS Star Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Husna Mustaffa, Syazuwan Hassan, Shah Hazvee, Ali Reza, Dayana Roza, Anne Ngasri, Edika Yusof, Zila Bakarin, Raden Zaharatul, Inas Sofea, Naszeli Ngasri, Nina Fazurina, Sazrin Aizul, Laura Olivia, Darling Ngasri, Falla Zully, Azerin Zainal, Hasnol, Ramli Saleh, Shahriza Mahmud, Ucop Cecupak, Liza Rafar, Nadia Kesuma

WATAK PELAKON:

Husna Mustaffa sebagai Danira
Syazuwan Hassan sebagai Tengku Filman
Shah Hazvee sebagai Naufal / Alif
Dayana Roza sebagai Wirda
Fifi Laura Olivia sebagai Melly
Edika Yusof sebagai Tengku Amar
Zila Bakarin sebagai Tengku Saida
Raden Zaharatul sebagai Yana
Azerin Zainal sebagai Joshua
Falla Zully sebagai Evelyn
Ali Reza sebagai Tengku Firdaus
Inas Sofea sebagai Najla
Anne Ngasri sebagai Karmila
Sazrin Aizul sebagai Zhulbhan
Naszeli Ngasri sebagai Harris
Nina Fazurina sebagai Cikgu Lyn
Shahriza Mahmud sebagai Musliha 
Nadia Kesuma sebagai Zahara

Senarai Lagu Tema Dan OST Drama Mencari Kiblat Cinta

Semalam - Aina Abdul

Sinopsis Drama Mencari Kiblat Cinta

Mengisahkan kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman.

No comments

Powered by Blogger.