Sinopsis Novel Chandelier Lakonan Ben Amir, Mimi Lana



Sinopsis Novel Chandelier Lakonan Ben Amir, Mimi Lana|SAKSIKAN drama terbaru yang juga merupakan adaptasi novel berjudul "Chandelier" hasil karya Acik Lana bakal ditayangkan mulai bulan Januari 2020 di slot MegaDrama Astro. Digandingkan pelakon hebat seperti Ben Amir dan Mimi Lana sebagai watak utama. Drama 16 episod ini merupakan arahan Michael Ang dan terbitan dibawah Arie Zaharie Production. Berikut dikongsikan Sinopsis Novel Chandelier buat rujukan anda.

Sinopsis Novel Chandelier Lakonan Ben Amir, Mimi Lana

Sinopsis Novel Chandelier Lakonan Ben Amir, Mimi Lana

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan info drama Chandelier yang bersiaran di Slot MegaDrama Astro termasuk sinopsis novel dan senarai pelakon:

Info Penting Drama Chandelier

JUDUL: CHANDELIER
EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : Januari 2020
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro
PENULIS SKRIP :
PENULIS NOVEL: Acik Lana
PENGARAH : Michael Ang
PRODUKSI :
PELAKON : Ben Amir, Mimi Lana

WATAK PELAKON:

*Akan dikemaskini

SINOPSIS DRAMA CHANDELIER:

*Akan dikemaskini

Sinopsis Novel Chandelier

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

“Don’t touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti.”

“Keisha....” Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman’ yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

“I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri.”

“Keisha!” Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

Keisha... I’m sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

“Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan.

No comments

Powered by Blogger.