Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak & Ayda Jebat



Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat|SAKSIKAN drama bersiri akan datang yang juga merupakan adaptasi novel berjudul "Bukan Gadis Biasa" hasil karya Liza Nur bakal bersiaran mulai tahun 2020 di slot Samarinda TV3. Dibintangi gandingan hebat seperti Remy Ishak dan Ayda Jebat sebagai teraju utama. Berikut dikongsikan Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa buat rujukan anda.

Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak, Ayda Jebat

Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa Lakonan Remy Ishak dan Ayda Jebat

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa yang bersiaran di Slot Samarinda TV3:

Info Drama Bukan Gadis Biasa

JUDUL : BUKAN GADIS BIASA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 2020
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Hj Yahya
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
SENARAI PELAKON : Ayda Jebat, Remy Ishak, Nazim Othman, Maskhan, Lia Natalia, Sheila Rusly, Ako Mustafa, Shajiry, Heryanto Hassan, Ozlynn, Zarul Husin, Idzham Ismail, Chacha Maembong, Zalfa Zin, Ashhry Atan

WATAK PELAKON:

Ayda Jebat sebagai Johana
Remy Ishak sebagai Rayyan
Nazim Othman sebagai Amer
Maskhan sebagai Amirul
Lia Natalia sebagai Ujah
Sheila Rusly sebagai Opah Aminah
Ako Mustafa sebagai Pak Ya
Shajiry sebagai Bruno Din
Ozlynn sebagai Juliana
Zarul Husin sebagai Suffian
Idzham Ismail sebagai Bun
Chacha Maembong sebagai Hanim
Ashhry Atan sebagai Azim

Sinopsis Novel Bukan Gadis Biasa

Johana bukan gadis sembarangan. Rambutnya dicukur pendek. Kalau ada yang cuba mencari fasal, dia tidak teragak-agak melayangkan penumbuk. Jeans dan kemeja menjadi teman akrabnya. Misinya hanya satu, memberi masa depan yang lebih baik untuk si kecil Aisya yang memanggilnya 'emak'.

Cinta adalah sesuatu yang alien baginya. Pertemuan dengan semula dengan Johana membuatkan Amirul yakin terhadap perasaannya. Hidup Johana pula sering kali bersimpang-siur dengan Rayyan, sepupu Amirul yang degil.

Kemunculan adik Rayyan, Amer membuatkan Johana rasa terpukul. Si mata keranjang itu cuba mencari jalan fast track ke hatinya sedangkan Amirul yang terlebih dahulu ada masih setia menanti.

Takdir memerangkap Johana di antara tiga hati yang bersaudara. Mampukah dia terus menipu diri? Atau haruskah dia pulang kepada fitrah?

No comments

Powered by Blogger.