Sinopsis Drama Terima Aku Seadanya (TV3)



Sinopsis Drama Terima Aku Seadanya (TV3)|NANTIKAN drama bersiri terbaru Terima Aku Seadanya bakal disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 10 September, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam. Bakal menampilkan pelakon seperti Puteri Aishah dan Nazim Othman sebagai teraju utama. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan terbitan dibawah Filmscape Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Terima Aku Seadanya (TV3)

JUDUL : TERIMA AKU SEADANYA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 10 September 2019
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9.00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Sham Hashim, Nana Khalil, Che Li
PENGARAH : Eoon Shuhaini
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd
PELAKON : Puteri Aishah, Nazim Othman, Julia Farhana Marin, Ryzal Jaafar, Daler Yusuf, Natasha Elyzza, Jesse Lim, Khaty Azian, Ranjeetha, Zalfa Zin, Jibob, Gee Zainal, Alana Amir, Aril Aziz

WATAK PELAKON:

Puteri Aishah sebagai Kamelia
Nazim Othman sebagai Irfan
Julia Farhana Marin sebagai Sahara
Daler Yusuf sebagai Edry
Ryzal Jaafar sebagai Alif
Khaty Azian sebagai Datin Fatty
Jesse Lim sebagai Mr Alex
Ranjeetha sebagai Henna
Natasha Elyzza sebagai Vanes

SINOPSIS:

Mengisahkan Kamelia, yang terdesak untuk menurunkan berat badannya setiap kali dia teringatkan kekasihnya, Edry yang bermain kayu tiga dengan adik tirinya, Sahara. Adik tirinya itu lebih jelita berbanding dengan tubuhnya yang semakin gempal.

Kamelia mula mengambil pelbagai produk untuk kurus tanpa mempedulikan kesan sampingannya. Setelah gagal mencapai hasil yang diingini, Kamelia menyertai program khas di sebuah gimnasium.

Berlaku satu insiden yang hampir menyebabkan nyawanya Kamelia terancam akibat pengambilan pil kurus yang berlebihan yang akhirnya mempertemukan Kamelia dan Irfan.

No comments

Powered by Blogger.