Sinopsis Filem Sangkar (2019)



Sinopsis Filem Sangkar (2019)|NANTIKAN filem MMA (Mixed Martial Arts) Melayu pertama Malaysia, berjudul "SANGKAR" yang bakal berada di pawagam bermula 29 Ogos 2019. Bakal menampilkan lakonan hebat seperti Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah dan atlet MMA terkenal James “Sledgehammer” Mcsweeney. Filem arahan Khabir Bhatia ini merupakan kolaborasi empat penerbit filem iaitu Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

Sinopsis Filem Sangkar (2019)

JUDUL: SANGKAR
TARIKH TAYANGAN: 29 Ogos 2019 (Malaysia)
GENRE: Aksi
PENGARAH: Khabir Bhatia
PRODUKSI: Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan mm2 Entertainment
PELAKON:
Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah, Achey Bocey, Fadlan Hazim, James Mcsweeney, Carliff Carleel, Andy Teh, Rashid Salleh, Ray Era, Nik Adam Mika, Niezam Zaidi, Arman Graseka

SINOPSIS:

Mengisahkan kisah watak Adam dan Johan yang berlawan di luar gelanggang sehingga menyebabkan Johan cedera parah. Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali dalam pertarungan jalanan bagi mendapatkan habuan untuk membantu Johan sekeluarga. Johan pula bertarung dengan hidupnya sendiri demi keluarganya. Adam membuat keputusan untuk bertarung dengan atlet MMA luar negara bagi mendapat habuan lebih besar.

Sinopsis Filem Sangkar (2019)

Trailer Filem Sangkar (2019)

            

No comments

Powered by Blogger.