Sinopsis Drama Curi-Curi Cinta (Astro)



Sinopsis Drama Curi-Curi Cinta (Astro)|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Curi-Curi Cinta karya Siti Rosmizah yang bakal mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Menampilkan gandingan hebat seperti Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson sebagai peneraju utama. Drama bersiri 28 episod ini merupakan arahan Raja Ahmad Alauddin dan dibawah terbitan SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media.

Sinopsis Drama Curi-Curi Cinta (Astro)

JUDUL : CURI-CURI CINTA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 April 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
PRODUKSI : SR One Sdn Bhd & Dear Creative Media
PELAKON : Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Talha Harith, Uyaina Arshad, Melanie Tan, Adam Lee, Fauziah Nawi, Ku Faridah, Farisha Irwayu

WATAK PELAKON:

Aiman Hakim sebagai Daniel Hakim
Zahirah Macwilson sebagai Intan Raihana
Talha Harith sebagai Iskandar
Uyaina Arshad sebagai Fariza
Melanie Tan sebagai Peggy
Adam Lee sebagai Badrul
Fauziah Nawi sebagai  Puan Asmah
Ku Faridah sebagai Mak Long Sapiah

SINOPSIS:

Mengisahkan keadaan Intan Raihana dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya seorang yang buta disebabkan kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia, dia pula membenci abangnya Iskandar yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim, Intan merancang untuk memikat Daniel apatahlagi bila dia mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya Fariza. Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan Daniel Hakim.

Suatu hari, Daniel diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini.

Info Berkaitan: 

👉 Lirik Wany Hasrita - Terlalu Memuja OST Curi-Curi Cinta

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

No comments

Powered by Blogger.