Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Raisha 2



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Raisha 2|NANTIKAN drama terbaru berjudul Drama Raisha musim kedua yang bakal bersiaran di slot Lestary TV3 mulai 5 Disember 2018. Dibintangi oleh Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim dan ramai lagi. Drama siri original ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan dibawah terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Raisha 2

JUDUL : RAISHA 2
EPISOD : 12 episod
TARIKH TAYANGAN : 5 Disember 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Jumaat, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Lestary TV3
PENULIS SKRIP : Mufid Suhaimi
PENGARAH : Nizam Zakaria
TERBITAN : OrangeTree Production Sdn Bhd
PELAKON : Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Fadlan Hazim, Hafreez Adam, Mawar Rashid, Azrel Ismail, Reen Rahim, Ridzuan Hashim, Tunku Hanis, Aisyah Atan, Fahrin Ahmad, Fara Mendoza, Sharifah Husna, Mahsuri Jesuli, Lina Ayu, Suzana, Aimi Said, Arwan Umar

WATAK PELAKON:

Diana Danielle sebagai Raisha
Hafidz Roshdi sebagai Fuad
Mawar Rashid sebagai Ika
Fadlan Hazim sebagai Rashdan
Hafreez Adam sebagai Mikail
Azrel Ismail sebagai Azlan
Reen Rahim sebagai Mira
Tunku Hanis sebagai Tini
Ridzuan Hashim sebagai Datuk K
Datin Sri Noniswira sebagai Datin Sharina
Fara Mendoza sebagai Kiki
Mahsuri Jesuli sebagai Khairul
Lina Ayu sebagai Kak Lia
Suzana sebagai Liana
Aimi Said sebagai Sham

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali.

Tempat Raisha bekerja dikunjungi syarikat penerbitan dan dijadikan lokasi penggambaran. Bagaikan tuah datang bergolek, kejelitaan Raisha menarik perhatian Rashdan dan ditawarkan watak utama di dalam sebuah filem.

Perasaan marah telah menguasai Fuad dan mereka berdua bergaduh besar. Fuad tidak akan bersetuju untuk menceraikan isterinya kerana masih menyayangi Raisha. Bagaimanapun, Raisha sudah tidak tahan lagi dengan perangai Fuad yang sering memaksanya untuk berubah.

Raisha tetap inginkan penceraian dari Fuad dan nekad berhijrah ke Kuala Lumpur.
Adakah Fuad akhirnya melafazkan cerai?

No comments

Powered by Blogger.