Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel berjudul Dia Menantu Rahsia karya Indah Hairani yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Bakal dibintangi oleh Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan dan Mona Allen. Drama 28 episod arahan Pali Yahya ini merupakan dibawah terbitan A. Aida Production Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Dia Menantu Rahsia

JUDUL : DIA MENANTU RAHSIA
TARIKH TAYANGAN : Januari 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Indah Hairani
PENGARAH : Pali Yahya
PRODUKSI : A.Aida Production Sdn Bhd
PELAKON : Ashraf Muslim, Raysha Rizrose, Syazuwan Hassan, Mona Allen, Aisya Hasnaa, Reza Hasbi, Afzan A.Rahman, Annie Arifin, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hashim, Wilma Muhammad

WATAK PELAKON:

Ashraf Muslim sebagai Syakir
Raysha Rizrose sebagai Melissa
Syazuwan Hassan sebagai Zamer
Mona Allen sebagai Engku Kamelia

SINOPSIS:

Mengisahkan pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan emak Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka. Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir. Lamaran daripada Syakir, akhirnya diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.

Malahan Engku Kamelia juga turut mendambakan cinta Syakir. Tujuan mereka mahu berkahwin tidak diketahui sesiapa. Malahan perkahwinan itu juga tanpa rasa cinta di hati masing-masing. Mampukah perkahwinan itu menyelesaikan masalah mereka? Selama manakah mereka mampu bertahan hidup di alam perkahwinan itu? 

No comments

Powered by Blogger.