Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa (ASTRO)



Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa (ASTRO)|NANTIKAN drama terbaru berjudul Isteri Untuk Disewa adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal bersiaran di slot MegaDrama. Bakal menampilkan gandingan Tiz Zaqyah dan Fattah Amin sebagai peneraju utama. Drama ini merupakan terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dan dibawah arahan Osman Ali.

Sinopsis Drama Isteri Untuk Disewa (ASTRO)

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA
TARIKH TAYANGAN : November
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Osman Ali
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Nynaa Harizal, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

Watak Pelakon:
Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

Sinopsis:

Mengisahkan watak Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

No comments

Powered by Blogger.