Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Vila Ghazara



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Vila Ghazara|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Vila Ghazara yang bakal bersiaran di slot Akasia TV3. Membariskan pelakon seperti Syukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Aidil Aziz, Hafeez Mikail dan ramai lagi. Drama 40 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader dan dibawah terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Vila Ghazara

JUDUL : VILA GHAZARA
JUMLAH EPISOD : 40 episod
TARIKH TAYANGAN : 17 September 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Zulfkifli Ahmad & Norimy Omar
PENGARAH : Feroz Kader
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Shukri Yahaya, Azira Shafinaz, Mustapha Kamal, Haleeda Mazlin, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Tunku Hanis, Syed Aiman, Hafeez Mikail, Amirul Faqeem, Cik Maggis, Zaryn Min

Watak Pelakon:
Shukri Yahaya sebagai Hariz
Azira Shafinaz sebagai Ariana
Mustapha Kamal sebagai Dr Ghaz (Ghazaly Baqri)
Haleeda sebagai Zaharah (Zara)
Syed Aiman sebaga Zarul
Aidil Aziz sebagai Adrian
Hafeez Mikail sebagai Dazrin
Amirul Faqeem sebagai Azrel
Elly Mazlein sebagai Maria
Tunku Hanis sebagai Sofea
Rafasya sebagai Alia

Sinopsis:

Vila Ghazara teratak yang diberi nama hasil gabungan nama pemiliknya iaitu, Dr. Ghazaly Baqri (Ghaz), seorang doktor kosmetik yang juga ahli lembaga pengarah sebuah hospital swasta terkenal bersama isterinya iaitu Zaharah (Zara). Siapa sangka Vila Ghazara yang terlihat indah di luarannya, para penghuninya tidak sebahagia yang disangka.

Kejayaan Dr. Ghaz sebagai seorang doktor kosmetik yang tersohor dan ahli perniagaan berjaya membuatkan dia sering mengongkong dalam menentukan arah tuju lima puteranya iaitu Zarul (Syed Aiman), Adrian (Aidil Aziz), Hariz (Shukri Yahaya), Dazrin (Hafeez Mikail) dan Azrel (Amirul Faqeem). Walau terlihat hebat dengan keluarga sempurna di mata ramai, selama lima tahun lamanya, Dr. Ghaz menyimpan rahsia bahawa sebenarnya dia mempunyai seorang isteri lain bernama Maria (Elly Mazlein).

Kerana sikapnya yang mahukan kesempurnaan, dia mengatur kehidupan anak-anaknya tanpa memikirkan kemahuan atau minat tersendiri anak-anaknya. Tidak mahu hidupnya terus diatur, Hariz bertindak untuk meninggalkan Vila Ghazara. Apabila Hariz mengingkari arahannya, Dr. Ghaz terus menidakkan hak Hariz sebagai zuriatnya. Membawa diri selama 15 tahun, Hariz akhirnya pulang juga ke Villa Ghazara namun kepulangannya tetap tidak mengubah pandangan Dr. Ghaz terhadapnya. Bagi Dr. Ghaz, Hariz pulang tanpa sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan berbanding anak-anaknya yang lain

Apakah kesudahan konflik keluarga dalam Vila Ghazara ini? Adakah Dr. Ghaz akhirnya akan menerima dan berbangga dengan Hariz? Mungkinkah rasa benci di antara Ariana dan Hariz akan membibitkan rasa cinta?

No comments

Powered by Blogger.