Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (ASTRO)



Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (ASTRO)|NANTIKAN drama bersiri berjudul 'Sejuta Rasa Buat Adelia' adaptasi daripada novel 'Ulam Kasih Sambal Cinta' karya Norzailina Nordin. Menampilkan gandingan hebat Aliff Aziz dan Daiyan Trisha selaku teraju utama. Drama bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Eyra Rahman.

Sinopsis Drama Sejuta Rasa Buat Adelia (ASTRO)

JUDUL : SEJUTA RASA BUAT ADELIA
JUMLAH EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)
PENULIS NOVEL : Norzailina Nordin
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Beats Sdn. Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Daiyan Trisha, Adam Lee, Elvina Mohamad, Sabrina Ali, Jasper Supayah, Ikmal Amry, Fikhree Bakar, Shah Kimin, Vicha Saywho, Shukri Tahir, Zalif Sidek, Esma Dainal

WATAK PELAKON:
Daiyan Trisha sebagai Adelia Naurah
Aliff Aziz sebagai Chef Syed Idlan
Adam Lee sebagai Hafidz
Elvina Mohamad sebagai Joanna
Shukri Tahir sebagai Nedim
Ikmal Amry sebagai Nik
Jasper Supayah sebagai Kayla
Sabrina Ali sebagai Madam Mona
Fikhree Bakar sebagai Chef Razi
Vicha Saywho sebagai Stella

SINOPSIS:
Mengisahkan kerjaya Adelia Naurah sebagai seorang chef di Malay Kitchen, Hotel Green Cove tercalar apabila puding karamel yang dimasaknya diperli oleh Chef Syed Idlan, jejaka dari dapur pastri yang baru berpindah ke hotel itu. Pantang berlanggar senduk, mereka berdua pasti bertekak.

Sengketa mereka berlarutan, seiring dengan ketukan asing di tangkai hati. Adelia resah kerana dia sudah jatuh cinta dengan lelaki ego itu! Syed Idlan pula menggaru kepala kerana niat untuk mengacau gadis itu sudah bertukar niat mengurat! Habis!

Tiba-tiba, muncul seorang chef pastri yang jelita dan selama ini menjadi pujaan Adelia dalam bidang masakan, Chef Joanna. Tatkala Adelia dan Syed Idlan berperang dengan perasaan kasih sayang, Joanna menyelit untuk memisahkan mereka. Menggelegak hati Adelia apabila dia diberikan kata dua oleh Joanna! Amboi... perempuan separa mat salih ni memang nak kena!

Sedang Adelia melayan perasaan kecewa, Hafidz datang meleraikan kekusutannya. Lelaki itu mahu membantunya mengecapi dunia glamour kulinari yang selama ini diidamkannya! Antara kerjaya dan cinta, yang mana satu patut didahulukannya?

No comments

Powered by Blogger.