Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Hati Batu



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Hati Batu|NANTIKAN drama akan datang  berjudul Cinta Hati Batu yang bakal bersiaran di slot Lestary TV3. Drama ini merupakan adaptasi daripada novel One Day You'll Be Mine karya Inawza Yusof. Diterajui pelakon utama seperti Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim. Turut membintangi pelakon seperti Sasqia Dahuri, Farisha Irwayu, Ardell Aryana dan lain-lain. Drama bersiri 20 episod ini mendapat sentuhan pengarah Amor Rizan dan terbitan Primeworks Studios.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Cinta Hati Batu

Judul : CINTA HATI BATU
Tarikh/Masa : 28 Disember 2017
Siaran : Slot Lestary TV3
Penulis Novel : Inawza Yusof
Pengarah : Amor Rizan
Terbitan : Primeworks Studios
Pelakon : Ashraf Muslim, Aishah Azman, Fadlan Hazim, Indah Emeerlda, Farisha Irwayu, Sasqia Dahuri, Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa, Fazreen Rafi

Watak Pelakon:
Ashraf Muslim sebagai Dzul Ehsan
Aishah Azman sebagai Anith Fitriah
Fadlan Hazim sebagai Nik Afezal

Sinopsis:

Mengisahkan Anith Fitriah (Fitri) yang berkahwin dengan Dzul Ehsan atas aturan keluarga. Namun perkahwinan mereka langsung tidak mewujudkan perasaan kasih sayang. Fitri masih tidak dapat melupakan kisah cinta silamnya dan terus menyalahkan diri sendiri bila dia menyebabkan kematian tunangnya Nik Afezal dalam satu kemalangan kereta.

Tanpa keserasian, mereka membuat keputusan untuk bercerai. Malah hubungan mereka bertambah baik. Fitri juga masih mengambil berat tentang Aya.  Tiba-tiba, Fitri dikejutkan dengan kemunculan Nik Afezal yang disangkanya telahpun meninggal dunia. Rupanya semuanya telah dirancang oleh keluarga mereka.

No comments

Powered by Blogger.