Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak 2017



NANTIKAN Filem akan datang berjudul  'Kimchi Untuk Awak' adaptasi novel karya novelis popular Suri Ryana yang keempat. Filem Kimchi Untuk Awak ini merupakan taruhan pertama pengarah popular Michael Ang di layar perak. Gandingan hebat seperti Emma Maembong dan Aiman ​​Hakin Redza telah terpilih untuk menggalas tugas sebagai watak utama dalam filem ini. Filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon lain yang tidak kurang hebatnya seperti Janna Nick, Natasha Elyzza dan Ungku Hariz.

Sinopsis Filem Kimchi Untuk Awak 2017

Tajuk: Kimchi Untuk Awak
Genre: Romantik, Komedi
Tarikh Tayangan: Mac 2017
Pengarah: Michael Ang
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Barisan Pelakon:
Aiman ​​Hakim Ridza sebagai Daniel Lee Jae Hwan
Emma Maembong sebagai Bella
Janna Nick sebagai Zara
Natasha Elyzza sebagai Yoo Ri
Dira Abu Zahar sebagai Kak Long
Normah Damanhuri sebagai Umi
Sharifah Sakinah sebagai Min Ah @ Minah
Ungku Hariz sebagai Faris

Sinopsis Kimchi Untuk Awak

Filem Kimchi Untuk Awak menceritakan kisah penceritaan antara Daniel Lee Jae Hwan dan Bella. Daniel merupakan jejaka hasil kacukan Korea dan Melayu manakala Bella adalah gadis Melayu yang belajar di salah sebuah universiti di Seoul, Korea Selatan. Pertemuan mereka bermula apabila mereka bertembung antara satu sama lain apabila Bella terlanggar lengan kiri milik Daniel Lee yang kebetulan berada di hadapannya. Pertemuan yang tidak disengajakan itu berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan semasa Bella ingin pulang ke Malaysia untuk menghabiskan cuti semesternya.

Setelah sampai di Malaysia Bella terus berjumpa dengak Kak Longnya untuk melepaskan perasaan rindu yang menebal. Suatu hari Kak Long menyuruh Bella membuat kimchi sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya bekerja ke Malaysia. Bella sangat terkejut menerima kenyataan bahawa Presiden syarikat kak Longnya yang ingin diraikan itu sebenarnya adalah Daniel Lee jejaka yang pernah dilanggarnya ketika di korea selatan baru-baru ini. Hidup Bella menjadi semakin huru-hara apabila dia mendapat tahu bahawa papa Daniel Lee dan ayahnya merupakan kawan baik dan mereka berdua berusaha menyatukan Bella dan juga Daniel Lee. Akhirnya mereka bernikah setelah hampir ditangkap khalwat oleh penduduk kampung dan untuk menjaga maruah kedua-dua keluarga. Percintaan mereka menjadi semakin rumit apabila Bella membuat keputusan untuk melarikan diri ke Seoul kerana percayakan fitnah yang direka oleh Yoo Ri.

Danial Lee mencari isterinya Bella yang melarikan diri ke Korea kerana terlalu rindukan Bella. Setelah itu, Hubungan mereka kembali pulih dan perasaan cinta Daniel Lee semakin mendalam terhadap Bella ketika di Korea Selatan. Yoo Ri dan Zara pula sentiasa berusaha untuk meruntuhkan perkahwinan Daniel Lee dan Bella. Adakan cinta Daniel Lee dan Bella dapat dipertahankan? jangan lupa saksikan di pawagan pada tahun hadapan.

No comments

Powered by Blogger.