Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan (ASTRO)



Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan (ASTRO)|NANTIKAN drama terbaru yang juga adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hazneza yang bersiaran di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Dibintangi pelakon hebat seperti Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan terbitan dibawah Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Cemburu Seorang Perempuan (ASTRO)

JUDUL : CEMBURU SEORANG PEREMPUAN
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : September 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Siti Hazneza Abdul Hamid
PENGARAH : Eyra Rahman
PRODUKSI : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Amyra Rosli, Emma Maembong, Bella Dowanna, Dini Schatzmann, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Mior Darwish

WATAK PELAKON:

Amar Baharin sebagai Zikri
Amyra Rosli sebagai Dhiya
Emma Maembong sebagai Emilia
Bella Dowanna sebagai Qila
Dini Schatzmann sebagai Najib
Fauzi Nawawi sebagai Sufian
Lisdawati sebagai Lea

SINOPSIS:

Zikri dan Dhiya berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia. Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi.

Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

1 comment:

  1. Jackpot City Casino | Play Now & Get a $50 Bonus
    Jackpot City get retro jordans Casino is one of the melbet newer and most reputable online casinos that have a modern design. They are a great casino 제왕 카지노 for 바카라 sports bettors 라이브 카지노 사이트

    ReplyDelete

Powered by Blogger.