Sinopsis Drama Aku Di Sisimu Slot Widuri TV1



Sinopsis Drama Aku Di Sisimu Slot Widuri TV1|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul  Aku Di Sisimu yang akan bersiaran menerusi slot Widuri TV1. Menampilkan pelakon utama seperti Fouziah Gous. Turut dibarisi pelakon seperti Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania dan Hilal Azman. Drama bersiri 25 episod ini diarahkan oleh Johan Bahar.

Sinopsis Drama Aku Di Sisimu Slot Widuri TV1

Judul : AKU DI SISIMU
Episod : 26 episod
Tarikh Tayangan : 17 Disember 2017
Hari/Masa : Jumaat-Ahad, 7.00 malam
Siaran : Slot Widuri TV1
Skrip : Baizura Kahar
Pengarah : Johan Bahar
Terbitan : KL Motion Pictures
Pelakon : Fouziah Gous, Natasha Elyzza, Haeryanto Hassan, Azhan Rani, Fariz Isqandar, Wan Rania, Hilal Azman, Azzahra Ahmad, Hafiz Halim, Fikri Zubiri, Zazo

Watak Pelakon:
Fouziah Gous sebagai Laila
Natasha Elyzza sebagai Mira
Azhan Rani sebagai Faizal
Haeryanto Hassan sebagai Nasa
Hilal Azman sebagai Pak Shukor
Wan Rania sebagai Sarah
Azzahra Ahmad sebagai Ummi

Sinopsis:

Mengisahkan masalah yang dihadapi oleh Laila, seorang suri rumah setelah suaminya, Nasa terlibat dalam kemalangan jalan raya dan terus berada di dalam keadaan koma. Sarah menganggap Laila yang menjadi punca papanya kemalangan terus tidak bercakap dengan mamanya.

Mira, jururawat yang bertugas di hospital tempat Nasa dirawat berjaya memujuk Sarah bercakap kembali dengan mamanya. Mira yang tidak mempunyai anak baru sahaja ditawarkan pemberhentian kerja secara ‘VSS’ bercadang menggunakan wang pampasan untuk menjalani rawatan ‘IVF’ tetapi ditegah oleh suaminya.

Di hospital yang sama En. Shukor yang menghidap kencing manis berada di bawah jagaan Mira. En. Shukor yang sudah boleh discaj tetapi tidak mahu pulang kerana dua orang anaknya Sajiah dan Suria tidak mampu menjaga dia dan asyik bergaduh.

Bermula misi mereka berdua dalam menubuhkan pusat jagaan pesakit. Berjayakah Laila dan Mira membuka pusat jagaan pesakit?

Kredit Foto: Myinfotaip

No comments

Powered by Blogger.