Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang (ASTRO)



Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang (ASTRO)|NANTIKAN drama terbaru diadaptasi novel "Rindu Yang Terlarang" hasil karya Umie Nadzimah bakal ditayangkan mulai 26 November ini di slot Drama Vaganza. Dibintangi pelakon seperti Fikri Ibrahim dan Zahirah Macwilson sebagai teraju utama. Drama 20 episod ini diarahkan oleh Rashid Sibir dan terbitan dibawah Zeel Production.

Sinopsis Drama Rindu Yang Terlarang (ASTRO)

JUDUL : RINDU YANG TERLARANG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Astro Ria HD
PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
PENGARAH : Rashid Sibir
PRODUKSI : Zeel Production
PELAKON : Fikri Ibrahim, Zahirah Macwilson, Amyza Aznan, Mat Over, Kartina Aziz, Jalil Hamid

WATAK PELAKON:

Fikri Ibrahim sebagai Fariz
Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
Mat Over sebagai Encik Fazlan
Kartina Aziz sebagai Puan Rohana

SINOPSIS:

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, cinta mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah.

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar.

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya.

Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

No comments

Powered by Blogger.