Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)



Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)|NANTIKAN drama akan datang yang juga merupakan adaptasi novel Setelah Ku Dimiliki karya Zaza Qry yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Dibintangi pelakon seperti Zul Ariffin, Intan Najuwa dan Tiz Zaqyah sebagai teraju utama. Drama 28 episod ini merupakan arahan Osman Ali dan terbitan dibawah Nuansa Sdn Bhd.

Sinopsis Drama Setelah Ku Dimiliki (TV3)

JUDUL : SETELAH KU DIMILIKI
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis & Dayang Kartinah Said
PENGARAH : Osman Ali
PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd
PELAKON : Intan Najuwa, Zul Ariffin, Tiz Zaqyah, Zaki Azeman, Lia Natalia, Fahmi Reza, Rahhim Omar, Zulhelmy, Adeline Tsen, Kuza, Aleza Shadan

WATAK PELAKON:

Intan Najuwa sebagai Sarrafia
Zul Ariffin sebagai Adriz
Tiz Zaqyah sebagai Sarlina
Zaki Azeman sebagai Noh
Lia Natalia sebagai Hirda
Fahmi Reza sebagai Haqif
Rahhim Omar sebagai Encik Rahimin
Kuza sebagai Bonda Ummi

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang Sarrafia yang memulakan kehidupan baru di sebuah pusat jagaan yang diberi nama Rumah Azirah. Namun setelah dua tahun berlalu lelaki yang tidak pernah dia lupai itu muncul semula dalam hidupnya. Walau bagaimanapun, Adriz yang telah kehilangan ingatannya, tidak dapat mengenali Saraffia.

Sebelum ini Adriz merupakan seorang yang liar dan suka berfoya-foya. Setelah sedar daripada koma, Adriz tidak lagi mengingati kehidupan lamanya dan perangainya juga berubah. Bagi menenangkan hati Adriz, Encik Rahimin ayah kepada Adriz membawa anaknya ke Rumah Azirah. Adriz baru tahu bahawa ayahnya itu memiliki satu tempat yang dikenali Rumah Azirah sempena nama maknya.

Adriz telah membuat keputusan untuk menguruskan Rumah Azirah kerana mahu meringankan beban ayahnya yang sibuk menguruskan perniagaan lain. Adriz cuba mendekati Sarrafia namun wanita itu sering mengelak daripada bertemu dengannya. Apakah hubungan antara mereka berdua sebenarnya? Apakah yang terjadi di antara Adriz dan Sarrafia sebelum ini?

No comments

Powered by Blogger.