Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (Slot Widuri)



Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (Slot Widuri)|NANTIKAN drama terbaru yang merupakan adaptasi novel Mimpi Yang Sempurna karya Aiza Qriselda bakal disiarkan mulai 22 Ogos ini di RTM menerusi saluran TV1. Dibintangi pelakon seperti Tiz Zaqyah dan Aqasha sebagai teraju utama. Drama ini merupakan arahan Jo Yusof dan terbitan dibawah Zamriez Golden Pictures.

Sinopsis Drama Mimpi Yang Sempurna (Slot Widuri)

JUDUL : MIMPI YANG SEMPURNA
EPISOD : 26 episod
TARIKH TAYANGAN : 22 Ogos 2019
WAKTU SIARAN : Khamis & Jumaat, 7.00 malam
SIARAN TV : Slot Widuri, TV1 (RTM)
PENULIS NOVE: Aiza Qriselda
PENULIS SKRIP : PGRs Team, Rozie Rashid, Ainaa Hanez
PENGARAH : Jo Yusof
PRODUKSI : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Aqasha, Tiz Zaqyah, Farahdhiya, Keith Foo, Elisha Sandha, Afifah Nasir, Shaharuddin Thamby, Arash Mohamad, Kuna, Aidil Aziz, Firdaus Ghufran, Rania Humaira, Jesse Lim, Ramli Salleh, Elanie Aidid

WATAK PELAKON
Aqasha sebagai Haiman
Tiz Zaqyah sebagai Wardah
Farahdhiya sebagai Arissa
Keith Foo sebagai Zaki
Elisha Sandha sebagai Yasmeen
Afifah Nasir sebagai Ida
Kuna Muzani sebagai Aminah
Shaharuddin Thamby sebagai Yussof
Arash Mohamad sebagai
Faez Nick sebagai Megat Adip
Rania Humaira sebagai Zara
Aidil Aziz sebagai Along

SINOPSIS:

Kisah cabaran seorang wanita untuk mengatasi keegoan seorang lelaki yang juga merupakan penyelia di tempat kerjanya, yang akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Wardah bertugas sebagai pembantu kepada seorang pengurus kanan bernama Haiman. Haiman seorang duda terkenal dengan sikap panas barannya melayan pekerja-pekerjanya termasuk Wardah dengan dingin. Wardah rasa dirinya menjadi mangsa buli Haiman yang banyak memberikan tugasan untuknya hingga seringkali pulang lewat ke rumah.

Haiman tiba-tiba mula melayan Wardah dengan baik. Sikapnya berubah ceria dengan kehadiran Wardah di sisi. Dalam pada itu ibu bapa Wardah mula bertanyakan hubungan Wardah dengan tunangnya, Adib yang dilihat dingin.

Lima tahun berlalu setelah Haiman menghilangkan diri secara tiba-tiba. Wardah kini bergelar peguam di firman guaman milik pak ciknya Zikri & Associates. Wardah sedang mengendalikan kes anak guamnya, Arissa tentang hak penjagaan anaknya Akim. Takdir Allah Wardah bertemu kembali dengan Haiman, bekas suami anak guamnya.

Hubungan Haiman dan Wardah kembali rapat dan akhirnya mereka berkahwin. Namun hubungan mereka ada pasang surutnya. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai dugaan apatahlagi ada yang cemburu melihat kemesraaan mereka. 

No comments

Powered by Blogger.