Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Legally Blind



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Legally Blind|NANTIKAN drama Filipina akan datang berjudul Legally Blind yang bakal menggantikan drama A Woman Scorned di slot Telenovela TV3 yang bersiaran mulai 1 Julai ini. Bakal menampilkan pelakon seperti Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yang, Marc Abaya dan ramai lagi. Drama 93 episod ini diarahkan oleh Ricky Davao dan terbitan dibawah GMA Entertainment TV.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Legally Blind

JUDUL : LEGALLY BLIND
EPISOD : 93 episod
TARIKH TAYANGAN : 1 Julai 2019
SIARAN TV : Telenovela TV3 (Jam 3.00 petang)
PENGARAH : Ricky Davao
PRODUKSI : GMA Entertainment TV
PELAKON : Janine Gutierrez, Mikael Daez, Lauren Yang, Marc Abaya, Rodjun Cruz, Chanda Romero, Therese Malvar, Lucho Ayala

WATAK PELAKON:

Janine Gutierrez sebagai Grace Evangelista Villareal
Mikael Daez sebagai Edward Villareal
Lauren Yang sebagai Charie Evangelista
Marc Abaya sebagai William Villareal
Rodjun Cruz sebagai Joel Apostol

SINOPSIS:

Mengisahkan tentang watak Grace (Janine Gutierrez) yang mahu menuntut keadilan tentang penderitaan yang telah dialaminya selama ini. Grace telah dirogol, mengandung anak luar nikah & kemudian mengalami buta kerana terlibat dalam kemalangan.

Sejak Grace menjadi buta, hidupnya menjadi sukar kerana tidak dapat berdikari, ibunya pula terpaksa bekerja keras, manakala adik-adiknya yang lain perlu menjaga Grace.

Manakala ibu Grace pula mula sakit -sakit selepas penat bekerja. Mengetahui yang keluarganya kini tengah susah membuatkan Grace berazam untuk berdikari dan kembali bekerja sebagai seorang peguam. Walaupun sukar untuk bekerja dalam keadaan dirinya yang buta, Grace cuba tabah dan berusaha keras dalam kerjanya.

Grace kemudiannya bertemu dengan Edward yang merupakan seorang peguam yang baik hati yang membantu Grace untuk menyiasat kesnya itu. Lama-kelamaan mereka jatuh cinta dan akhirnya bertunang. Namun Edward akhirnya dapat tahu yang abangnya William adalah orang yang telah merogol Grace.

Apa tindakan Edward yang tersepit antara abangnya dan juga Grace?

1 comment:

Powered by Blogger.