Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Anugerah Cinta Aisyah



Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Anugerah Cinta Aisyah|NANTIKAN drama bersiri terbaru berjudul Anugerah Cinta Aisyah yang bakal bersiaran mulai 8 Mei, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey saluran 109. Bakal menampilkan lakonan Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz dan Hanna Aqeela. Drama 13 episod arahan Khairul Anwar dan terbitan dibawah Zeel Production.

Sinopsis dan Senarai Pelakon Drama Anugerah Cinta Aisyah

JUDUL : ANUGERAH CINTA AISYAH
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Mei 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 10:00 malam
SIARAN TV : TV Okey 109 (RTM)
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik
PENGARAH : Khairul Anwar
PRODUKSI : Zeel Production
PELAKON : Ruhainies, Idris Khan, PU Rizz (Haris Ismail), Hanna Aqeela, Lydia Saimon, Puteri Khareeza, Ali Reza, Aidit Noh

WATAK PELAKON:

Ruhainies sebagai Aisyah
Idris Khan sebagai Zahrin
Haris Ismail sebagai Syazwan
Hanna Aqeela sebagai Nadihah
Ali Reza sebagai Andre
Puteri Khareeza sebagai Serena

SINOPSIS:

Mengisahkan Aisyah graduan dari Mesir dan bertugas sebagai ustazah guru sandaran sekembalinya ke Malaysia. Aisyah kemudian mengambil alih tugas ayahnya, Ustaz Saleh menggantikan tempatnya mengajar agama di rumah Dato’ Khaleed dan Datin Zariah. Mereka pernah ‘hanyut’ dan berhasrat untuk kembali bertaubat. Anak mereka, Zahril bersikap liar dan mempunyai teman wanita bernama Serena, penyanyi di kelab.

No comments

Powered by Blogger.