Sinopsis Drama Dia...Encik Imam Ekspres (ASTRO)



Sinopsis Drama Dia...Encik Imam Ekspres (ASTRO)|NANTIKAN drama terbaru adaptasi novel Dia Encik Imam Ekspres karya Cik Tet yang bakal disiarkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Bakal menampilkan Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose sebagai peneraju utama. Drama arahan Pali Yahya ini merupakan dibawah terbitan Suhan Movies.

Sinopsis Drama Dia...Encik Imam Ekspres (ASTRO)

JUDUL : DIA...ENCIK IMAM EKSPRES
EPISOD : 14 episod
TARIKH TAYANGAN : 11 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama Astro Ria
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Nelydia Senrose, Fikry Ibrahim, Isaac Iman, Elisya Sandha, Ben Amir, Adrianna Qasmia, Ruzana Ibrahim, Anne Abdullah, Badrul Muhayat, Sherry Ibrahim, Faiz Nor

WATAK PELAKON:

Nelydia Senrose sebagai Diyana Aqilah
Fikry Ibrahim sebagai Engku Razil
Isaac Iman sebagai Awish
Ben Amir sebagai Engku Riyad
Elisya Sandha sebagai Atun

SINOPSIS:

Pertama kali bertentang mata, ada rasa aneh menjengah hati kedua-duanya. Namun rasa yang terbit terpaksa disembunyikan di sudut hati yang paling dalam kerana si dia itu bakal menjadi milik orang.

Tiga tahun berlalu, kedua-dua hati itu ditemukan kembali. Masing-masing dengan lara di hati lantaran kesakitan yang ditinggalkan insan tersayang. Cinta kembali mengetuk hati kedua-duanya. Bagi Diyana Aqilah, rasa cinta itu perlu dilawan. Bimbang kalau hati bakal dilukai lagi.

Mampukah Encik Imam Ekspres merawat luka di hatinya sekali gus melenyapkan semua rasa kecewa yang ada? Ataupun perhubungan mereka bakal berakhir sepantas ia bermula.

No comments

Powered by Blogger.